bubble~

Penghargaan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan blog sebagaimana yang dikehendaki. Walaupun terdapat banyak halangan dan kekangan masa sepanjang menyiapkan tugasan ini tetapi semua itu dapat saya hadapi dengan sokongan semua

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Nadia Akma bt.Ahmad Zaki yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan. Tanpa bimbingan beliau mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengn sempurna.


Jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat Guru Besar SK Methodist Malim Nawar dan yang telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan blog ini.Tanpa kerjasama dan sokongn semua tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada suami dan anak-anak yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan untuk meneruskan pengajian ini